DAWRAH ASAS UTAMA MENGUASAI BAHASA AL-QURAN DENGAN BETUL
🌿 Alhamdulillah! RUHI Talaqqi membawakan Dawrah Khas Disember ini:
💫 ASAS UTAMA MENGUASAI BAHASA AL-QURAN DENGAN BETUL💫
Adakah anda benar-benar mahu memahami al-Quran dengan lebih mendalam⁉️
RUHI kini mebawakan Pengajian ‘Ulum al-Quran untuk anda yang mahu membina asas yang kukuh dalam memahami bahasa dan keindahan kalam Allah. 🌿✨
Apa itu ‘Ulum al-Quran❓
‘Ulum al-Quran ialah ilmu-ilmu penting yang membantu kita memahami al-Quran dengan TEPAT—meliputi sejarah penurunan, susunan ayat, makna bahasa, kaedah tafsir serta cara menghayatinya dalam kehidupan. Ia menjadi ASAS supaya kita bukan sekadar membaca, tetapi benar-benar memahami dan merasai maksud ayat-ayat Allah. 📖💚
Kenapa penting mempelajarinya❓
✅ Memahami makna al-Quran dengan lebih tepat
✅ Menguatkan kefahaman dalam ibadah & amalan harian
✅ Mengelakkan salah tafsir dan membuka pintu TADABBUR
✅ Menjadikan pembacaan al-Quran lebih hidup, tenang dan bermakna
MAKLUMAN PROGRAM
🗓️ Siri 1 (Online)
Tarikh: Ahad, 14 Disember 2025 Masa: 9.00 pagi – 1.00 tengah hari Platform: Dalam talian — sertai dengan mudah dari mana sahaja! 💻
🗓️ Siri 2 (Fizikal + Online 1 Hala)
Tarikh: Ahad, 1 Februari 2026 Masa: 9.00 pagi – 1.00 tengah hari Tempat: University Apartment KM17, Gombak 📍 (Peserta yang tidak berkesempatan hadir boleh mengikuti sesi ini secara online — 1 hala)
✨ Antara manfaat yang bakal anda peroleh:
✅ Memahami struktur dan asas utama bahasa al-Quran
✅ Meningkatkan kefahaman untuk tadabbur & hafazan
✅ Penyampaian santai, praktikal dan mudah difahami
✨ PENDAFTARAN MASIH DIBUKA!
Jemput semua—muslimin dan muslimat—yang ingin mempelajari ASAS ILMU AL-QURAN secara tertib, tersusun dan berguru dengan tenaga pengajar berautoriti. Mulakan tahun baru dengan ILMU yang paling berharga. 🌙✨
👉 Daftar sekarang & ajak keluarga serta rakan-rakan untuk turut serta!